Pengelasan flora Flora

Tumbuhan-tumbuhan dikelompokkan kepada flora, bergantung kepada kawasan, zaman, atau persekitaran yang khas. Kawasan boleh merupakan habitat yang berbeza dari segi geografi, umpamanya gunung berbanding tanah pamah. Flora boleh bermaksud tumbuhan untuk sesuatu zaman sejarah, umpamanya flora fosil. Akhirnya, flora juga boleh dibahagikan lagi mengikut persekitaran khas:

  • Flora asli: Flora asli sesuatu kawasan.
  • Flora pertanian dan kebun bunga: Tumbuhan yang ditumbuh dengan senjaga oleh manusia.
  • Flora rumpai: Secara tradisi, pengelasan ini digunakan untuk tumbuhan yang dianggap tidak diingini, dan dikaji untuk mengawal dan memusnahkannya. Pada hari ini, gelaran ini jarang digunakan sebagai pengelasan untuk tumbuhan disebabkan kumpulan ini merangkumi tiga jenis tumbuhan yang berbeza: spesies rumpai, spesies invasif (tidak semestinya merupakan rumpai), dan spesies (baik asli mahupun yang diperkenalkan) yang tidak diingini dari segi pertanian. Banyak tumbuhan asli yang dahulu dianggap sebagai rumpai kini telah didapati berfaedah malah diperlukan oleh pelbagai ekosistem.

Bakteria kekadang dimasukkan dalam kumpulan flora . Kekadang juga, istilah flora bakteria dan flora tumbuhan telah digunakan secara berasingan.